Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Ziarah Berkala Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

225
SHARE

Kuala Langat, Selangor | 14 Ogos 2020

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DMPNS telah mengadakan satu sesi ziarah ke lima lokasi berbeza melibatkan tujuh individu yang sedang melalui pelbagai bentuk ujian kehidupan, semalam.

Lokasi pertama adalah ke Kuala Langat bersua sendiri dengan ibu tunggal pejuang kanser yang menjaga ibu yang lumpuh dan adik OKU beserta dua anak yang masih kecil.

Destinasi kedua di Klang menziarahi AJK LPH DMPNS yang baru kemalangan motosikal Adik Zaidatul dan terus menuju ke Kapar bagi menziarahi tiga keluarga mangsa kebakaran yang ditempatkan di dewan serbaguna buat sementara waktu serta menziarahi AJK JPRD Kawasan yang kemalangan motosikal lebih setahun yang lalu.

Rombongan ziarah juga turut pergi ke rumah En.Yusof, mantan Ketua LKK Kawasan Damansara yang sudah tiga minggu tidak boleh berjalan akibat mengalami sedikit masalah kesihatan.

Turut hadir bersama pada sesi ziarah kali ini ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor, Puan Hajah Wan Hasrina Wan Hassan. Kesemua yang diziarahi telah menerima sumbangan daripada pihak LKK Kawasan yang dan juga LKK DMPNS.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#ZiarahLKKDMPNS
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#SelangorSejahtera