Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Program Ziarah Assabiqun Dan Assabiqat LKK DMPK Sabak Bernam

451
SHARE

Sabak Bernam, Selangor | 14 Ogos 2020

Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan LKK DMPK Sabak Bernam telah mengadakan ziarah assabiqun dan assabiqat di Kampung Parit 5 dan Parit 6 Sungai Besar yang termasuk dalam DUN N02 .

Sebanyak 6 buah rumah telah diziarahi pagi itu bermula jam 9pg hingga 12 tengahari.

Pertama ke rumah Makcik Jamaliah isteri arwah Hj. Musa manakala rumah kedua rumah Pak cik Hj Arshad, Pak cik Arshad ke klinik. Beliau sekarang tidak berapa sihat.Anak anaknya menyambut kedatangan kami.

Rumah ke tiga Makcik maznah dan suaminya Pak cik Yusuf yang sudah agak uzur beberapa tahun kebelakangan ini. Rumah ke 4 Makcik Maisrah, namun beliau dibawa ke Hospital Sabak utk pemeriksaan kesihatan.Anak anaknya juga yang menyambut kedatangan kami.

Rumah Ke 5 Makcik Fatimah Isteri kepada Arwah Hj. Yasin.Beliau dulu mengambil upah menjahit sulaman baju dan tudung. Dan yang terakhir rumah Makcik Masitah yang turut sama ziarah bersama kami,sekarang berumur 73 tahun tetapi masih bersemangat walau berjalan dengan bantuan tongkat.

Suatu ketika mereka adalah antara tenaga tenaga yang menggerakkan Jemaah, kini mereka telah uzur.Semoga Allah merahmati kehidupan mereka.

Sedikit sumbangan berupa barangan dapur telah diberikan sebagai buah tangan.

سِيرُوا عَلَى بَرَكَةُ الله

Jom Ikuti Media Rasmi Kami :
Facebook Skuad Prihatin DMPNS📱

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#KamiPrihatin
#IslamMemimpin
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#SelangorSejahtera
#DMPNS