
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan baru-baru ini telah hadir ke Program Kacau Bubur Asyura di Puchong.

Selain daripada program kacau bubur asyura satu lagi acara yang diadakan di lokasi yang sama adalah Sambutan Hari Kemerdekaan anjuran Muafakat Nasional Wanita Puchong.

Suasana amat meriah, ceria dan pelbagai ragam di tapak program. Itulah diantara suasana sekitar program tersebut.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor sentiasa bersedia dan bersungguh dalam Mendokong Muafakat Nasional. Tahniah Muafakat Nasional Wanita Puchong di atas penganjuran program.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
7 Muharram 1442H | 26 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#MendokongMuafakatNasional