Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS – Muslimat PAS Di Negeri Selangor Antara Frontliners Kepada Negara Ketika Berhadapan Pendemik COVID-19

471
SHARE

Satu pengalaman dan kenangan yang berharga bagi Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor dalam menyumbang kepada negara ketika berhadapan dengan bencana Pandemik COVID-19.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Ustazah Hjh.Wan Hasrina Wan Hassan mewakili DMPNS menerima penghargaan daripada Khidmat Malaysia dalam sumbangan menyediakan sukarelawan muslimat menjahit PPE dan ‘face shield’ kepada frontliners sepanjang PKP.

Penghargaan ini disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor YB Dr. Ahmad Yunus dalam satu majlis di Shah Alam meraikan sukarelawan dari pelbagai pihak termasuk NGO.

Sukarelawan daripada muslimat yang terlibat seramai 290 orang adalah dari kawasan-kawasan berikut:

  1. Kuala Selangor (26 orang)
  2. Hulu Selangor (23 orang)
  3. Sg Buloh (25 orang)
  4. Shah Alam (11 orang)
  5. Subang (8 orang)
  6. Klang (1 orang)
  7. Kuala Langat (12 orang)
  8. Sepang (23 orang)
  9. Bangi (41 orang)
  10. Hulu Langat (25 orang)
  11. Ampang (4 orang)
  12. Pandan (5 orang)
  13. Gombak (39 orang)
  14. Selayang (21 orang)

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menyalurkan khidmat bakti.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#MuafakatNasional
#PakatanNasional
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#mendokongmuafakatnasional
#HapusCOVID19