Home Artikel PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang – Ucapan Sempena Selamat Hari Malaysia

232
SHARE

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya”.
(Surah Al-Hujurat : 13)

Kehidupan masyarakat majmuk walau berbeza bahasa, adat, budaya dan agama bukanlah penghalang penyatuan serta perpaduan rakyat dalam pembentukan sebuah negara bernama ‘Malaysia’. Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan serta anugerah yang perlu sentiasa dipelihara dan dibaja agar keharmonian negara terus kita kecapi.

Semoga tanggal 16 September 1963 kekal tersemat dalam diri setiap Anak Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang
16 September 2020 | 28 Muharram 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#dmpksepang
#IslamMemimpinWanitaSejahtera