Hujung minggu yang padat dengan aktiviti operasi membantu membersihkan rumah mangsa banjir di kawasan Bangi dan Hulu Langat.
Selain anggota Jabatan Amal Selangor yang turun membantu, turut sama menyinsing lengan adalah anggota Briged Muslimat dikalangan muslimat muda yang turut membersihkan rumah mangsa.
Pada hari yang sama Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan turun ke Kawasan Hulu Langat dan Bangi untuk meninjau keadaan semasa.
Gandingan anggota Amal dan Briged Muslimat Selangor terus melaksanakan peranan membantu mangsa tidak kira latar belakang politik. Penduduk sekitar dan petugas juga diingatkan supaya mengambil langkah keselamatan ketika memberikan bantuan di kawasan bencana banjir.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#BrigedMuslimatSelangor
#BrigedMuslimatMalaysia
#PahlawanKasihSayang
#SrikandiMujahidah
#SediaSetia