Home Berita PAS Selangor

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor – Masjid Hagia Sophia Istanbul Bukan Lagi Muzium

1119
SHARE

Berita baru yang mengembirakan umat Islam bilamana Mahkamah Tinggi Turki membuat keputusan mengisytiharkan bahawa Hagia Sophia kembali secara rasmi dikenali sebagai sebuah masjid, bukannya lagi muzium.

Sejarah panjang dari Kerajaan Islam Uthmaniah sehingga kejatuhannya pada tahun 1924 di tangan “Bapak Sekular” Mustafa Kamal Ataturk mengubah dan menyekat fungsi masjid sebenar. Sifat bencikan Islam yang mendalam sehingga hendak menghapuskan Islam daripada terus disinari di bumi Turki.

Tapak warisan dunia itu menjadi mercu tanda Islam di Turki terpahat sejarah baru dengan kembali sebagai Masjid Hagia Sophia. Presiden Turki Recep Taayyip Erdogan cukup konsisten memperjuangkan “khazanah ummah” tersebut walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat dan pemimpin Kristian Ortodoks.

Namun, itulah kuasa Allah. Begitulah juga kisah bilamana Mustafa Kamal Ataturk berusaha memodenkan Turki. Beliau berusaha untuk menjadikan Turki sebahagian dari Eropah dengan mengubah kepada sistem lebih moden, demokratik dan sekular. Akhirnya dengan sistem tersebut juga Islam kembali bersinar di Turki dan sedikit demi sedikit perubahan kepada Islam menghakiskan semua karat sekular yang ditinggalkan oleh Ataturk.

KPen PASSel
11 Julai 2020 | 20 Zulkaedah 1441H

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan