Dari hari semalam sehingga kemuncaknya pada hari ini bilamana semua lapisan masyarakat berbicara soal video luahan rasa pemilik Hot Burger Malaysia terhadap tindakan yang dikenakan ke atasnya. Luahan yang dikongsi mendapat perhatian lebih-lebih lagi rakyat Malaysia. Apatah lagi ia melibatkan kegiatan perjudian dalam talian, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan warga asing seakan “kebal” dari tindakan.
Tatkala rakyat berdepan dengan pergelutan membina kembali ekonomi masing-masing ekoran PKP yang dikenakan, wajar semua pihak mengambil kira situasi yang dihadapi kini oleh rakyat. Setiap keputusan yang dibuat perlu cermat agar setiap kompenan dalam masyarakat dapat berganding bahu memperkukuhkan kembali landskap hidup yang telah terjejas.
Dalam isu Sdr Hj Asri pemilik Hot Burger Malaysia, satu pujian perlu diberikan kepada beliau kerana berani membangkitkan perkara tersebut. Setelah ruang aduan habis tertutup dan tiada tindakan. Kegiatan lain yang jelas haramnya “bermaharajalela”. Alhamdulillah rakyat Malaysia juga menjadi pembakar semangat pada beliau untuk terus mara mengenegahkan isu yang dihadapi beliau untuk perhatian pihak berwajib.
Rakyat Malaysia khususnya di Negeri Selangor sudah biasa dengan isu perobohan gerai, stall di rampas dan seumpamanya. Cuma yang menjadi perhatian ialah cara menyelesaikan sesuatu masalah itu jika timbul. Apatahlagi jika wujud “kekebalan” pihak tertentu. Dalam kes ini, kredit diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dibawah Perikatan Nasional melalui Menteri KDN Bila mengambil pendekatan bertemu dan berbincang dengan beliau. Termasuk kredit kepada PDRM. Ketua Polis Negara sendiri yang panggil untuk bersemuka.
Namun malangnya, Kerajaan Selangor seakan tidak peduli. EXCO PBT hilang suara. Kawasan Sungai Buloh berada dalam Negeri Selangor dan mempunyai majoriti penduduk melayu Islam. Apa sudah jadi. Diam seribu bahasa ibarat singa yang mandul hilang taringnya.
Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
20 Zulhijjah 1441H | 10 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan