Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Subang – Timbalan Pesuruhjaya 2 Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Subang

299
SHARE

Subang,Selangor | 10 Ogos 2020

PAS Kawasan Subang telah Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan kali ke 6.

Mesyuarat tersebu berlangsung di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Suasana yang berbeza untuk mesyuarat agung kali ini disebabkan oleh wabak pendemik Covid-19.

Diingatkan kepada hadirin yang hadir ke mesyuarat agung berkenaan supaya mematuhi dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh panitia mesyuarat agung. Ini bagi mengelakkan kemungkinan terjadinya kebolehjangkitan diantara para perwakilan yang hadir. PAS Kawasan Subang diterajui oleh Tuan Hj. Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Subang.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Subang Kali Ke 6 dirasmikan oleh Ustaz Noor Najhan Bin Mohamad Salleh selaku Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Subang berjalan dengan lancar sehingga habis.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan