Home Berita PAS Selangor

DARI JENDELA Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor | Dato Dr Ahmad Yunus Hairi – Rumah Penduduk Desa Subang Perantau Bakal Dirobohkan.

1217
SHARE

31 Ogos telah berlalu, adakah rumah akan diroboh… Persatuan Penduduk Desa Subang perantau.

Tempoh lanjutan sehingga 31 Ogos 2020 utk berpindah kepada peneroka Desa subang perantau bagi tujuan projek tebatan banjir sungai pelempas telah berlalu. Adakah ini bermakna tindakan perobohan akan di lakukan pada 3 September.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi telah turun melawat 19 buah lot/rumah peneroka yang masih mengharapkan rayuan mereka untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan negeri agar mereka diberikan hak menduduki tapak rumah mereka secara sah.

Perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pejabat menteri alam sekitar dan air, jabatan pengairan dan saliran, exco dan Dato menteri besar Selangor seolah-olah menemui jalan buntu tidak berjawab lagi.

Asas pertimbangan supaya rekabentuk pelebaran dan mendalamkan sungai pelempas dan beberapa perkara lain dikaji semula seperti dalam surat rayuan persatuan penduduk Desa Subang perantau.

Mereka tidak mempertikaikan sebahagian dari penduduk dan ada wakil rakyat yang telah mendapat geran beberapa tahun yang lalu dan menduduki secara sah.
Itu sudah rezeki mereka!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

14 Muharram 1442H | 2 September

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor