Home Berita PAS Negeri Sembilan

Dapur rakyat di DUN Dangi hasil kerjasama Muslimat PAS Kuala Pilah

174
SHARE

Oleh RUSILAH MD SOM

REMBAU, 8 JANUARI: Semangat kerjasama yang dilahirkan oleh Dewan Muslimat PAS Kuala Pilah (DMPKP) telah mengambil inisiatif membuka dapur rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dangi, Kuala Pilah pada 3 dan 4 Januari yang lalu.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKKP) PAS Kuala Pilah, Faizah Yusof menyatakan bahawa misi bantuan pasca banjir yang melibatkan DMPKP tugasan menyediakan makanan buat petugas-petugas dan sukarelawan serta turut diagihkan bungkusan makanankepada mangsa banjir.

Menurut Faizah Yusof, dapur rakyat yang diusahan dengan semangat bergotong-royong tersebut adalah untuk menyediakan makanan tengahari dan malam yang bertempat di Surau Kampung Air Gapis, Dangi.

Antara pimpinan muslimat lain yang terlibat dalam program menyediakan makanan tersebut ialah Timbalan Ketua DMPKP, Lina Jadi, Naib Ketua DMPKP, Maizarah Abu Bakar dan Ketua Majlis Guru-guru PASTI Kuala Pilah, Norhayatimah Lazim.

Faizah berkata, “Walaupun kami tidak dapat bersama-sama dalam misi membersihkan rumah-rumah mangsa banjir yang berlaku dalam DUN Dangi, namun sentiasa tersemat disanubari kami sebagai muslimat untuk bersama biarpun hanya ditugaskan bagi menyediakan makanan.”

Manakala, usaha membersihkan rumah-rumah mangsa pasca banjir di sekitar Kampung Geduhom dan Kampung AirTaling, Dangi, diketuai oleh Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Kuala Pilah serta kehadiran para sukarelawan di kampung berdekatan.

Turut serta dalam misi dapur rakyat bersama muslimat PAS di Dangi pada 3 dan 4 Januari lalu ialah Ahli Jawatankuasa DMPKP, Zuraidah Sahiron, Noraini Othman serta dua orang anggota Briged.