Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

DAP tidak relevan untuk rakyat Malaysia

169
SHARE

Kenyataan Media Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang

DAP Tidak Relevan Untuk Rakyat Malaysia

PAS Pulau Pinang bersetuju dengan Kenyataan Media daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khiruddin yang menggesa rakyat Malaysia menolak parti DAP pada PRU yang ke-15 nanti.

Hal ini disebabkan kenyataan daripada Lim Guan Eng yang melabel PAS sebagai sebuah parti yang rasis serta mengandaikan Malaysia akan lenyap sekiranya PAS mentadbir negara ini.

Kenyataan ini dilihat menyemai perasaan benci dan takut rakyat terhadap PAS, seterusnya menjadi batu api dengan menghasut rakyat tidak percaya dengan PAS.

Sepanjang tempoh pemerintahan PAS di Kedah, Kelantan dan Terengganu membuktikan PAS tidak pernah menindas golongan yang bukan Melayu-Islam malahan, masyarakat Siam-Buddha di Kelantan hidup harmoni dalam kalangan Melayu-Islam.

Keistimewaan budaya Kelantan sebati dalam diri mereka sehingga orang Cina Kelantan fasih berbahasa dialek Kelantan, mempamerkan mereka selesa hidup di bawah pemerintahan PAS lebih 30 tahun.

Sebaliknya, pentadbiran DAP di Pulau Pinang dilihat menindas dan sering anak tirikan golongan berpendapatan B40, misalnya banyak pembangunan projek mega dijalankan namun, tidak menguntungkan rakyat Pulau Pinang terutamanya orang Melayu.

Selain itu, terdapat isu-isu sensitiviti agama sering dipermainkan seperti hasrat menjadikan Bandaraya Georgetown sebagai Bandaraya kristian Dan isu penternakan babi secara haram dan tidak terkawal di Tasek Gelugor.

Justeru, PAS Pulau Pinang berpendirian bahawa kerajaan DAP adalah kerajaan yang gagal dan mesti di tolak pada PRU-15 demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

 

Ustaz Abdul Razib bin Abdul Rahim
Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang