Home Berita PAS Pahang

DAP Raub tidak profesional

1277
SHARE

Assalamualaikum wbr. Tuan Yang di hormati,

1) Saya juga agak terkejut dengan sikap tidak profesional Pihak Pejabat Parlimen Raub yang mewakili MP Raub mendedahkan permohonan kami pihak sekolah secara sinis & dengan maksud yang tidak baik.

2) Permohonan kami tidak lah mewakili parti kepada parti.

3) Sila semak nama penuh sekolah Tahfiz dengan bandingan yang di buat. Ternyata kebencian DAP kepada PAS di zahirkan sepenuhnya dengan posting ini dengan maksud mendapatkan mileage politik murahan.

4) Permohonan kami adalah secara rasmi dari pihak sekolah kepada Pejabat Parlimen & menunjukkan kami adalah profesional yang menjunjung prinsip demokrasi & keterbukaan.

5) Pendidikan sudah tentu merentasi agenda politik, atas sebab & semangat itulah kami percaya pihak Pejabat Parlimen khususnya Ahli Parlimen Raub mampu memberi perkhidmatan, sokongan & nasihat buat sekolah kami yang sedang membangunkan pusat & kompleks Tahfiz kami sendiri setidak² nya atas kepentingan pendidikan & islam itu sendiri.

6) Untuk makluman, pihak sekolah juga membuat permohonan secara rasmi kepada agensi² kerajaan berkaitan, syarikat², orang perseorangan, pejabat² termasuklah Pejabat Parlimen Raub & Pejabat Adun Tras yang lokasi tapak Tahfiz ini terletak di Kg. Melayu Sempalit di bawah Dun Tras, Parlimen Raub.

7) Saya tidak berkecil hati kalaupun permohonan kami ditolak atas berbagai sebab. Setidak² nya bertindaklah secara matang & profesional dengan pemakluman secara rasmi samaada melalui telefon @ melalui surat rasmi juga seperti mana kami menghulurkan surat & kertas kerja secara rasmi.

8) Alhamdulillah, cukuplah pengajaran yang kami dapat pada hari ini daripada pihak Pejabat Parlimen Raub.

9) Saya tidak ingin memanjangkan salah faham ini. Terima kasih atas perhatian pihak Tn & terima kasih juga kerana sudi juga membaca, meneliti & menimbang surat permohonan kami.

Rosaidi Rameli
Pengerusi Sek Ren Islam Tahfiz Integrasi al~Fateh, Raub
0193433152