Home Berita PAS Pulau Pinang

DAP Pulau Pinang Akur Desakan Penduduk

4289
SHARE

Oleh : Ju Abdul Rahman

Georgetown : Penduduk PPR Taman Manggis, Jalan Sultan Zainal Abidin yang berkampung di pekarangan KOMTAR dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam.

Tindakan mereka berkampung selama beberapa hari di pekarangan KOMTAR dan solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia, NGO, individu, parti politik daripada PAS dan Umno berjaya menekan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebelum ini kerajaan DAP Pulau Pinang berkeras untuk tidak melayani sebarang tuntutan penduduk dan bertindak membiarkan penduduk berkampung di sekitar kaki lima KOMTAR tanpa sebarang bantuan dan pembelaan sewajarnya.

Namun selepas melihat kebangkitan rakyat yang tidak pernah terhenti dan solidariti yang ditunjukkan seluruh rakyat dengan mengadakan solat hajat akhirnya memberikan tekanan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang kembali berunding bagi mencapai kata sepakat dan akhirnya Kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa akur dan tunduk dengan desakan rakyat, membenarkan penduduk pulang ke rumah masing-masing dengan kedua pihak mencapai persetujuan dengan Kerajaan negeri menawarkan rumah sewa/beli dengan harga yang berpatutan.

PAS Pulau Pinang diwakili YDP Tanjong, Tuan Yacoob Omar, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, En. Iszuree Ibrahim, Pengerusi Lajnah Tanah dan Alam Sekitar, En Saiful Lizan Md Yusoff dan saudara Safuan Ujar mewakil Dewan Pemuda PAS Negeri turut bersama perjumpaan bersama penduduk semalam.

Menurut En Iszuree Ibrahim, kata sepakat dicapai antara kedua-dia pihak. Penduduk bersetuju keluar dari rumah PPR Taman Manggis dengan syarat mereka ditawarkan unit rumah lain dengan kadar sewa beli yang berpatutan dengan pendapatan mereka.

Perarakan beramai-ramai menghantar mangsa-mangsa pengusiran ini kembali ke rumah mereka di Taman Manggis sebagai tanda sokongan dan kesyukuran atas kejayaan besar yang dicapai bersama.

Kejayaan ini disifatkan sebagai kemenangan rakyat melawan kezaliman kerajaan dan kerajaan negeri akhirnya akur dengan tuntutan rakyat bahawa kerajaan tidak berhak mengusir rakyat dan sekiranya perlu berbuat demikian kerajaan perlu menyediakan satu alternatif lain bagi menyelesaikannya.

Kejayaan ini merupakan satu kenangan manis yang membentuk penyatuan dan kesepakatan semua rakyat khususnya umat Islam Pulau Pinang.