Home Artikel PAS Pulau Pinang

DAP paling lantang tolak pelaksanaan syariah

286 views
SHARE

PERMATANG PAUH: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, DAP menentang PAS dalam melaksanakan syariat islam.

“DAP awal-awal menentang pelaksanaan syariat, menentang Islam, menentang Rang Undang-undang 355 (RUU355), menentang pelaksanaan Islam di Kelantan, di Terengganu,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada Program Himpunan Jentera PRU14 PAS Negeri Pulau Pinang dan Amanat Presiden PAS di sini, sebentar tadi.

“Dia ungkit padahal Perlembagaan mengatakan ini hak orang Islam. Orang bukan Islam tak dikacau, mengapa dia kacau orang Islam,” kata Tuan Guru Abdul Hadi merujuk kepada sikap Dap dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (pindaan) yang pernah dibentang PAS di Parlimen tahun lalu.

DAP antara parti yang paling kuat menentang RUU 355 sejak ia dibentang Tuan Guru Abdul Hadi selaku Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan kepada hadirin di Dewan Haji Zabidi, Masjid Batu, Permatang Pauh bahawa PAS tidak akan bersama Pakatan Harapan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14

DAP sebelum ini menyatakan mereka tidak menyokong usaha PAS membawa RUU 355 sebagai usul persendirian di Dewan Rakyat.