Home Kenyataan Media PAS Kedah

DAP Goncang, Menteri PPBM Luruh

226
SHARE

Kenyataan Media Perhubungan PAS Kedah

DAP GONCANG MENTERI PBBM LURUH

Perletakan jawatan Menteri Pendidikan oleh Dr. Maszlee Malik dua hari lalu menimbulkan pelbagai telahan dan firasat di kalangan rakyat.

Tentunya ada pihak yang bertepuk tangan, riuh bergembira dan tidak kurang juga mereka yang masih tertanya-tanya apakah motif sebenar perletakan jawatan tersebut itu berlaku.

Tidak masuk akal apabila seorang menteri pelajaran memulangkan jawatan pada kepada Perdana Menteri pada hari pertama sesi persekolahan awam bermula, sedangkan pada ketika itulah banyak masalah yang perlu diselesaikan oleh beliau.

Pastinya, pihak yang kuat mengkritik menteri daripada PPBM ini adalah DAP. Bermula dari kontroversi pemberian peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina yang tidak mengikuti Akta Pendidikan, isu kuota kemasukan matrikulasi yang cuba digoncang oleh DAP, isu pengiktirafan UEC yang berkiblatkan silibus pendidikan negara luar, isu pengajaran khat jawi di sekolah vernakular dan banyak lagi isu yang berlegar di Kementerian Pendidikan.

Campurtangan DAP dalam Kementerian Pendidikan begitu terserlah apabila LGE secara terang-terangan mengangkat DAP sebagai pejuang hak masyarakat cina seperti yang dilaporkan oleh akhbar berbahasa cina, Oriental Daily pada 1 januari lalu.

Sekiranya laporan itu benar, maka terserlahlah sikap rasis DAP yang diselubungi oleh selimut hipokrit kepura-puraan. Jika hal ini tidak dibendung, ia merupakan ancaman dan malapetaka kepada keharmonian kaum berbilang bangsa dalam Malaysia.

Oleh itu, firasat rakyat bahawa DAP mengepalai kerajaan ada kebenarannya. Hentaman bertali arus daripada DAP ke atas Dr. Maszlee membuktikan sikap sebenar mereka yang tidak menghormati kontrak sosial serta bersikap tamak kuasa.

Secara tersirat, mantan Menteri Pendidikan merupakan korban percaturan politik pihak-pihak yang berkepentingan ; dan jelasnya, PH memang tiada persefahaman sejak mula tertubuhnya kerajaan. Sekali DAP goncang, Menteri Pelajaran kuota PPBM luruh.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Timbalan Pesuruhjaya
Perhubungan PAS Negeri Kedah

8 Jamadil Awwal 1441H/ 4 Januari 2020