Home Fastaqim

Dam Uji Minda Kritis Menyusun Strategi

2064
SHARE

Dam Uji Minda Kritis Menyusun Strategi

KUALA NERUS, 30 Sept – Sukan Pantai Fastaqim 2.0 diserikan dengan satu lagi permainan tradisional iaitu Pertandingan Dam yang berlangsung di Pantai Tok Jembal tengahari tadi.

Dam adalah permainan yang menguji minda dan ketajaman strategi pemain untuk mencipta langkah demi langkah bagi mengalahkan pihak lawan.

Permainan tradisional yang terkenal ini mungkin nampak mudah dengan hanya mengerakkan buah dam namun, jika tersilap langkah, padah menanti apabila pihak lawan berjaya menepis dan mengatur strategi yang tidak disangka.

Suasana semasa pertandingan ini kelihatan genting dimana setiap pemain berkerut dahi memikirkan langkah yang perlu disusun untuk mengalahkan pihak lawan.

Pemenang bagi pertandingan Dam Sukan Pantai ini telah digondol oleh Azizah Samad. Tempat kedua pula dimenangi oleh Masyitah dan tempat ketiga jatuh kepada Fanorza.

Sekalung tahniah kepada semua pemenang dan pemain yang telah menyertai pertandingan ini.

Sesungguhnya adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Teruskan bermain permainan yang menguji ketangkasan mengatur strategi begini untuk membiasakan diri kita berfikir secara kreatif dan kritis.

Dedahkan juga anak-anak dengan permainan sebegini agar dapat mendidik mereka supaya berfikiran lebih kritis di samping memupuk hubungan erat sesama ahli keluarga. Selamat mencuba!