Home Fastaqim

Tiada Masa Untuk Berlengah Dalam Perjuangan – Dato’ Tuan Ibrahim

8393
SHARE

Tiada Masa Untuk Berlengah Dalam Perjuangan – Dato’ Tuan Ibrahim

KUALA NERUS, 30 Sept – “Kita nak buat pertukaran masa depan negara dengan PAS. Kita nak betulkan negara kita supaya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah,” demikian penegasan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pidato ringkas beliau petang ini.

Beliau dengan penuh semangat berkata, “Himpunan kali ini mesti diterjemah dengan kesungguhan
perjuangan.

Kita mesti maknakan perjuangan ini. Ikhlaskan perjuangan kerana Allah S.W.T. Marilah sama-sama kita berusaha mendekatkan diri kepadaNya. Ingatlah, kalau kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu,” demikian ucap beliau penuh semangat.

Meneruskan ucapan, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyeru kesemua penyokong PAS bersama-sama menterjemahkan kecintaan kepada Parti Islam Semalaysia, PAS dlm pilihan raya akan datang.

Seterusnya, beliau meyakinkan semua hadirin akan prinsip perjuangan PAS yang dipimpin oleh Tuan Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

“Tuan guru takkan bawak kita kepada kemurkaan Allah. Maka kita perlu ikut segala arahan parti selagi ianya tidak bercanggah dengan perintah Allah SWT,” tegasnya.

Memetik ucapan sama, beliau turut menyatakan malam kemuncak Fastaqim adalah malam yang bakal menyaksikan kesetiaan dan janji bersama untuk terus menyokong perjuangan Islam.

Seterusnya, beliau berpesan supaya semua ahli gerakan tidak meninggalkan
Al-Quran dan menjauhi maksiat dan dosa.

Beliau juga menyeru penyokong PAS supaya menjaga tingkah laku dan adab sebagai individu Muslim.

“Jaga akhlak kita. Jika akhlak kita sama dengan musuh, Allah takkan tolong kita.

Marilah sama-sama kita dekatkan diri kepada Allah. Sudah tiada masa untuk perkara yang tidak bermanfaat,” tambah beliau mengakhiri ucapan.