Home Artikel PAS Wilayah

DACS Wangsa Maju Anjur Liga Futsal

212
SHARE

DACS Wangsa Maju Anjur Liga Futsal

 

Oleh: MUHAMMAD HAKIM AL-HASHIMI

WANGSA MAJU – Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Wangsa Maju berjaya menganjurkan kejohanan futsal Fantasy Premier League 2020 yang berlangsung di Sport Seven, Setapak semalam.

Menurut Pengarah Lajnah Kesenian, Budaya dan Sukan (DACS) Mohamad Asri, pertandingan kali ini ialah kejohanan gandingan antara Pemuda PAS dan pemenang Liga Fantasi.

“Penganjuran program ini juga sebagai galakan beriadah untuk kesihatan selain mengikat ukhuwah sesama muslim sebagai antara tuntutan di dalam Islam”, tambahnya.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Nur Azmi dan Naib Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mahfuzan Gaddafi.

Ustaz Abdul Hadi berpandangan bahawa program seumpama ini dapat mengukuhkan ukhwah dan keharmonian antara rakyat Malaysia khususnya anak muda di Wangsa Maju.

“Orang terdahulu telah memerah keringat untuk mencapai kemerdekaan tanah air demi generasi yang akan datang. Oleh itu, kita perlulah mengekalkan keharmonian yang ada”, ujarnya.