DACS Selangor dengan kerjasama DACS Gombak telah berjaya menganjurkan riadhah berbasikal di Putrajaya semalam. Putrajaya seperti yang diketauhi umum merupakan lokasi yang diminati oleh penggemar berbasikal untuk membuat kayuhan dicelahan bangunan pentadbiran kerajaan.
Riadhah berbasikal tersebut dikelolakan oleh Sdr Mohd Afif Abd Aziz selaku Timbalan Pengerusi DACS Selangor yang juga merupakan Pengerusi DACS Gombak. Turut hadir menyertai kayuhan tersebut adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Sdr Mohd Fadli Bakar dan Us Mohd Zuhdi Md Piah selaku Bendahari DPPNS.
Disamping kayuhan tersebut mengisi hobi baru untuk menggemari sukan berbasikal, ianya juga bermatlamat untuk menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan harian.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#DacsSelangor