Home Artikel PAS Selangor

Nadi Selangor by Roslan SMS – Selangor Perlu Sahut Kempen “Jumaat Hari Jawi”

332
SHARE

Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Selangor

Keputusan kerajaan mengumumkan setiap hari Jumaat sebagai “Hari Jawi” sebagaimana diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sangat dialu-alukan.

Usaha memartabatkan warisan negara ini adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya pihak kerajaan Persekutuan malah lebih-lebih lagi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat amnya.
Negeri Selangor wajar mengorak langkah menyahut usaha ini dengan menggalakkan penggunaan tulisan Jawi bukan sahaja dalam urusan rasmi kerajaan tetapi juga termasuk papan-papan tanda dan papan iklan.

Tulisan Jawi ini dipelihara dan dipertahankan melalui Akta Bahasa Kebangsaan yang mengiktiraf tulisan Jawi sebagai tulisan Melayu.
Terbaru sejak tahun 2020 ini kita melihat kerajaan negeri Pahang telah mewajibkan penggunaan tulisan Jawi selain bahasa Melayu di atas papan-papan tanda dan iklan perniagaan.

Sebelum ini kita pernah melihat di negeri Selangor betapa papan tanda jalan dinaikkan dalam bahasa Cina disetengah-setengah kawasan atas desakkan wakil-wakil rakyat kerajaan negeri khasnya dari DAP sehingga mengundang murka Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor.

Kita mengharapkan tiada pihak yang keliru apalagi mengadu-domba kempen pengunaan bahasa Jawi yang diiktiraf kerajaan ini. Kempen bahasa Jawi bukannya kempen mengIslamkan sesiapa atau mana-mana pihak. Biarlah anak-anak warga Malaysia semuanya menghargai apalagi bersama mempertahankan budaya warisan bumi bertuah ini.

Tulisan Jawi warisan negara dan kebangaan kita semua.

20 Zulkaedah 1441H | 11 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan