Home Berita PAS Perlis

DACS, ARC Perlis santuni petugas barisan hadapan

96
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

ARAU, 6 Sept: Menyedari besarnya pengorbanan oleh petugas barisan hadapan (frontliner) di Perlis, DACS Arau dan ARC Kawasan Arau turun padang menyalurkan sumbangan kepada para petugas barisan hadapan yang bertugas di sempadan di negeri ini.

Pada program yang berlangsung semalam, mereka telah singgah ke beberapa buah lokasi SJR iaitu di Sanglang, Jelempok, Pauh dan Kodiang.

Pengerusi DACS Arau Mohd Niakmat Hj Dahalan yang ditemui berkata, usaha tersebut sebagai menghargai jasa mereka yang sangat besar dalam mengawal pergerakan rentas daerah bagi menjamin keselamatan orang ramai khasnya di negeri ini.

“Tidak dapat dinafikan, pengorbanan para anggota tentera, polis, RELA dan sukarelawan (dalam melaksanakan tugas mengawal sempadan negeri) tanpa mengira masa selama ini membolehkan kita hidup dalam keadaan selamat dan selesa.

“Justeru, kami berasa terpanggil untuk meraikan mereka hari ini sebagai tanda terima kasih atas jasa dan pengorbanan mereka,” katanya.