HULU TERENGGANU, – Pasar Besar Kuala Berang ditutup sementara selama 7 hari bermula tengahari hari ini hingga 2 Jun depan.
Penutupan pasar utama di daerah ini tersebut diarahkan Jabatan Kesihatan Terengganu mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Ia susulan operasi pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas beberapa pekerja am di premis itu dilaporkan telah dijangkiti Covid-19.
Sementara itu, Pejabat RELA Hulu Terengganu yang berda di dalam Pasar Besar berkenaan juga diarahkan tutup sementara mulai 27 Mei hingga 3 Jun.
Sehubungan dengan itu semua pegawai dan kakitangan Pejabat RELA akan Bekerja Dirumah( BDR) selama tempoh tersebut dan sebarang urusan boleh berhubung melalui telefon peribadi masing-masing.