Home Artikel PAS Sabah

Covid-19: PAS serah 300 unit face shield ke Hospital Besar Tawau

518
SHARE

 

OLEH:ANNA TAN    8 APRIL 2020

TAWAU ~ PAS Kawasan Tawau telah menyumbang 300 set Face Shield kepada petugas kesihatan di Hospital Besar Tawau , di sini , pagi tadi.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat , merangkap YDP PAS Tawau ,Tuan Mohamad Bin Husain.

Menurut beliau, face shield tersebut dibuat sendiri (DIY) hasil inisiatif badan NGO, muslimat muda Tawau

” Serahan ini adalah untuk kegunaan para frontliners kita dalam menangani wabak Covid-19 ini.

” Saya juga berterima kasih kepada muslimat muda yang telah bertungkus lumus menyiapkan PPE ini dengan segera” ujarnya.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan , Dr Pang Chun Shong.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Turut hadir dalam majlis ringkas tersebut, setiausaha serta beberapa AJK PAS Tawau