Home Berita PAS Wilayah

Covid-19 : Muslimat Wilayah cakna rakyat susah

651
SHARE

Covid-19 : Muslimat Wilayah cakna rakyat susah

Oleh : Maizatul Asida

SENTUL, 13 April – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (LKK DMPWP) bersama NGO Muslim Care meneruskan misi menyampaikan sumbangan kepada penduduk PPR Sentul Murni dan sekitar Pinggiran Dato’ Senu, Sentul yang terputus sumber pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

Sumbangan yang berupa barang keperluan asas seperti beras dan makanan lain telah disampaikan oleh Pengerusi LKK DMPWP, Puan Zurina Din. Turut sama turun padang adalah wakil NGO Muslim Care iaitu Saudari Zuriati Ya’akob dan Saudari Nur Suriyana Mohd Sutarzi.

“Kami bertemu mata dengan penduduk untuk menyerahkan sumbangan ini. Manakala bagi penerima yang dikenakan arahan kuarantin pula, barang sumbangan ini diletakkan di luar rumah mereka bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19,” jelas Puan Zurina.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan bebanan penduduk setempat dalam situasi yang mencabar sekarang.

LKK DMPWP berhasrat untuk melaksanakan lagi program sebegini dalam tempoh ini kerana masih ramai lagi masyarakat setempat yang memerlukan sumbangan.