Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Kes positif baharu meningkat kepada 250 hari ini

213
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 4 Nov: Sebanyak 250 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini meningkat berbanding 154 kes semalam.

Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 250 kes positif baharu itu, 236 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori import A, 12 kes daripada kategori kes import B, dan tiada kes direkodkan bagi kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 149 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 22 kes di Daerah Jasin dan 79 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 256 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 2031 kes masih dirawat, dengan 26 kes adalah daripada kes ICU dan enam kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.



Laporan kematian

Tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan manakala tiga kluster pula dilaporkan tamat hari ini iaitu Kluster Industri Jalan Merdeka 33, Kluster, Kluster Taman Perindustrian Batu Berendam dan Kluster DTI Machap Umboo-2 menjadikan 12 kluster lagi masih aktif di negeri Melaka.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 5713 kes baharu direkodkan hari ini meningkat berbanding 5291 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,492,343 kes