Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 262 kes positif baharu

72
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 24 Okt: Sebanyak 262 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut JKN Melaka, daripada 262 kes positif baharu itu, 247 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, dua kes daripada kategori import A, 11 kes daripada kategori kes import B, sementara dua kes lagi direkodkan bagi kategori banduan/OKT/PATI.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 166 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 33 kes di Daerah Jasin dan 63 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 214 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 2651 kes masih dirawat, meningkat berbanding 2603 kes semalam dengan 15 kes adalah daripada kes ICU dan dua kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan kematian

Tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

Laporan kluster

Tiada kluster baharu direkodkan manakala dua kluster pula dilaporkan tamat hari ini iaitu Kluster Industri Lot Lima Batu Berendam dan Kluster Industri Solar Valley menjadikan sebanyak 20 kluster masih aktif.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 5666 kes baharu direkodkan hari ini berkurang berbanding 5828 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,431,716 kes.