Home Artikel PAS Perlis

Covid-19: 825 Penerima Rasai Manfaat Bantuan Kasih

1151
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Bilangan penerima yang beroleh manfaat daripada Program Bantuan Kasih yang digerakkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Kangar dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN (MTD) seluruh kawasan Kangar, terus mencatatkan peningkatan.

Sehingga kini, seramai 825 orang penerima yang tinggal dalam Parlimen Kangar telah menerima bantuan berupa sumbangan bahan makanan asas.

Menurut pengerusinya, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, sumbangan kewangan daripada pelbagai pihak yang diterima LKK PAS Kawasan Kangar merupakan faktor utama yang menjayakan pelaksanaan program berkenaan.

“Alhamdulillah, setiap sumbangan yang kami terima daripada para penyumbang telah kami gunakan untuk pembelian barangan makanan asas yang kemudiannya diagihkan kepada mereka yang amat memerlukan.

“Bagi pihak PAS Kawasan Kangar, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bersama-sama kami dalam menjayakan program kebajikan seperti ini,” katanya ketika dihubungi di sini pagi tadi.

Menurutnya lagi, sumbangan kewangan daripada orang ramai terus diperlukan bagi memastikan lebih ramai penerima mendapat bantuan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Tetuan PAS Kawasan Kangar bernombor 09010010016455 manakala butiran sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada beliau (Ustaz Asrul) di talian 0194170244 untuk tujuan rekod.