Home Berita PAS Perlis

Cikgu Yati terima Anugerah Khidmat Setia Guru KAFA

146
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 30 Jul: Cikgu Nor Hayati Abd Razak telah menerima anugerah pada Majlis Anugerah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang adakan baru-baru ini.

Pada majlis anjuran JAKIM yang berlangsung di Hotel Geno, Subang Jaya itu,  beliau telah naik ke pentas menerima Anugerah Khidmat Setia Guru KAFA atas sumbangan yang telah diberikan beliau sepanjang berkhidmat sebagai guru KAFA selama 30 tahun.

Untuk rekod, Nor Hayati mula berkhidmat sebagai guru KAFA di negeri ini sejak tahun 1990, bermula di Sekolah Kebangsaan Paya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Yati Razak, turut berkhidmat selaku guru di PASTI Nurul Hayah, Santan.

Anugerah kepada para penerima anugerah telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.