Home Melaka

Celoteh Hang Luku | Peperiksaan UPKK pun kena ubah sebab pilihan raya

130
SHARE

URUT dada Hang Luku bila semalam terbaca berita bahawa tarikh pelaksanaan ujian bertulis bagi Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dipinda ke 28 November hingga 1 Disember depan disebabkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan tersebut.

Semalam pula telah berlaku banyak kejadian banjir di negeri Melaka dan juga di beberapa negeri yang lain. Sebelum ini beria-ia pemimpin Umno-BN mengatakan bahawa pilihan raya dapat dijalankan sebelum sampai musim tengkujuh.

Mereka pula yang lebih pandai daripada pakar kaji cuaca, walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ni sudah menasihatkan bahawa banjir boleh berlaku pada bila-bila masa. Sekarang ni belum penamaan calon pun banjir sudah berlaku.

Tak tahulah apa yang ada dalam kepala otak pemimpin-pemimpin Umno-BN ni. Semua orang terpaksa bersusah-payah semata-mata kerana mereka mahu mengadakan pilihan raya.

 

Mereka mengadakan pilihan raya pun bukan kerana rakyat tetapi untuk kepentingan peribadi mereka dan untuk menyelamatkan pemimpin mereka sahaja. Akhirnya rakyat yang susah!

Hang luku pun tak tahulah jika ada lagi orang yang nak mengundi Umno- BN ni. Ini baru soal nak mendapatkan kuasa. Bila mereka dah berkuasa jadi kerajaan nanti tak tahulah apa lagi mereka nak susahkan rakyat.

Hang Luku harap rakyat semua dapat memilih parti yang mementingkan rakyat. Bukannya mementingkan diri sendiri hingga menyusahkan rakyat, tetapi menggunakan nama rakyat untuk melakukan sesuatu yang menyusahkan rakyat semula seperti Umno-BN ini.

Cukup-cukuplah kita mengundi dan menyokong Umno-BN yang sudahlah mementingkan diri sendiri, kemudian menyusahkan rakyat pula. Tetapi, takkanlah kita nak mengundi Pakatan Harapan (PH)? 22 bulan kita kena kencing takkan tak serik-serik lagi?

Oleh itu pilihan yang ada sekarang ni hanyalah PERIKATAN NASIONAL yang menjanjikan sebuah kerajaan yang BERSIH DAN STABIL.

Hang Luku : Serik dengan Umno-BN yang mementingkan diri sendiri.

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH