Oleh: Siti Nadiah Abdul Mutalib 30 Oktober 2022
TAWAU: Rakyat inginkan calon yang berkhidmat untuk masyarakat, kata Ketua Kampung Sri Menanti Telekom Hamid Laba.
“Faktor usia dan populariti seseorang calon tidak penting namun beliau inginkan wakil rakyat mereka kelak adalah seorang yang sentiasa mengambil tahu dan turun padang melihat keadaan masyarakat setempat,” ujarnya ketika ditemubual dalam Program Sekampit Beras semalam.
Sementara itu, Yang Dipertua PAS Tawau, Mohamad Husain berkata, PAS sentiasa menjaga kebajikan masyarakat bukan sahaja ketika diambang pilihanraya.
“PAS bukan hanya semata-mata sebuah organisasi politik tetapi PAS sejak awal penubuhannya hingga ke saat ini juga berperanan seperti sebuah organisasi kebajikan.
“PAS juga berperanan dalam gerak kerja dakwah iaitu amar makruh dan nahi mungkar. Inilah antara 9 kriteria Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) yang dibudayakan oleh PAS dalam gerak kerjanya,” ujarnya dalam program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Tawau itu.
Beliau telah menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 20 orang penduduk dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan dan ibu tunggal.
Kepada mereka yang ingin menyumbang, boleh salurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad, PAS Kawasan Tawau 10025010006556 atau hubungi Mohamad Husain di nombor 0198333639 atau Majid di nombor 0138855758.