Home Berita PAS Wilayah

Calon PAS Setiawangsa Bersama Rakyat

2406
SHARE


Oleh: Dr Zuraini Hashim

Setiawangsa, 22 April 2018 : Calon PAS bagi Parlimen P118 Setiawangsa, Ust Ubaid Hj Abd Akla terus komited mendekati pengundi melalui Program Santai Bersama Masyarakat yang diadakan di sekitar Pasar Tani Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Program bermula jam 9.30 pagi dengan ceramah penerangan calon dan manifesto PAS dan diikuti beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di tapak pasar tani tersebut.

Beliau dalam ceramahnya mengistiharkan penyertaan PAS Wilayah Perseketuan dalam PRU 14 di 9 kerusi Parlimen Wilayah Perseketuan termasuk P118 Parlimen Setiawangsa kepada orang ramai dengan matlamat membawa masyarakat menjadi lebih sejahtera bersama islam.

“Kerajaan PAS Kelantan adalah contoh terbaik masyarakat yang hidup sejahtera dan harmoni, begitu juga tiada satu pun pimpinanannya terlibat dengan rasuah dalam 28 tahun pentadbirannya”, ujar ust Ubaid.

‘PAS berjanji akan menghapuskan cukai GST yang membebankan rakyat, menghapuskan hutang tertangguh PTPTN, membantu surirumah dengan rm2000 ‘one off’ untuk memulakan perniagaan antara kandungan manifesto PAS Sejahtera’ tambah beliau lagi.

Seterusnya ust Ubaid bermesra dengan peniaga dan pengunjung pasar tani serta mengedarkan manifesto PAS diiringi pimpinan PAS dan pemuda setiawangsa.

-Lujnah Penerangan PAS Setiawangsa-