Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Calon Korporat Muslimat PAS di N.01 Ayer Hangat: Pengarah Resort, Langkawi

1675
SHARE

Calon Korporat Muslimat PAS di N.01 Ayer Hangat: Pengarah Resort, Langkawi 

Siapa sangka, disebalik kelembutan dan keriangan wajah seorang muslimah beliau merupakan Pengarah Urusan di Delta Chenang Resort, Langkawi. Puan Azlina Azinan, N. 01 calon DUN Ayer Hangat.

Seorang yang berwibawa. Selalu menyantuni warga emas dan mengasihi kanak-kanak. Sikap beliau yang ramah mesra membuatkan masyarakat mudah mendekati beliau.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah, pemegang Diploma Perdagangan Antarabangsa di Koleh Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu.

Beliau bersedia memberi khidmat masyarakat terbaik khususnya pelancongan yang menurut kaca mata Islam serta menjadi tempat rujukan masyarakat setempat.

Beliau adalah seorang yang mesra rakyat. Sering kali melibatkan diri bersama masyarakat dalam suka mahupun duka. Mengambil tahu kebajikan serta keadaan masyarakat. Calon seperti inilah yang kita mahukan demi memartabatkan Islam di Pulau Langkawi.

Ayuh sama-sama kita turun mengundi beliau pada 9 Mei ini (Rabu) N.01 Dun Ayer Hangat. Kedah Sejahtera bersama Islam. Undilah PAS.