Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Cadangan Akta Bahan Khayal : Satu Keperluan Mendesak

261 views
SHARE

Kenyataan Media

7 Januari 2019 | 2 Jamadilawal 1440H

CADANGAN AKTA BAHAN KHAYAL : SATU KEPERLUAN MENDESAK

1. Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah mencadangkan satu akta baharu iaitu Akta Bahan Khayal. Ini bagi memberi kuasa kepada pihak berwajib membanteras isu ketagihan gam.

2. Akta ini merupakan satu keperluan yang semakin mendesak disebabkan oleh isu ketagihan gam dilihat semakin membarah sehinggakan penagih melakukannya secara terang-terangan disebabkan oleh pihak berkuasa tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan.

3. Malah, isu ini semakin berleluasa disebabkan oleh sehingga kini bahan khayal ini di jual secara terbuka dan boleh di beli sesiapa sahaja. Ini terbukti melalui statistik yang dikeluarkan oleh AADK pada tahun 2018, sebanyak 605 kes penyalahguna inhalan dan sebanyak 53 peratus adalah penagih yang berusia 13-19 tahun.

4. Sehingga kini, satu-satunya undang-undang yang menyebut berkenaan gam hanyalah Akta Racun 1952 yang jelas menyebut jika didapati bahawa mana-mana perbuatan yang merangkumi pembuatan, pemprosesan, bekalan, pengedaran, penjualan atau menggunakan mana-mana bahan psikotropik adalah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 30(5) dan boleh dikenakan hukuman.

5. Walau bagaimanapun, Akta ini langsung tidak membendung gejala ini malah di Singapura telah wujud Akta Penyalahgunaan Inhalan sejak 1987 lagi.

6. Selain daripada syor-syor yang dicadangkan oleh AADK iaitu memberi kuasa kepada AADK melakukan penahanan bagi ujian saringan, manakala suspek yang disahkan mengalami ketagihan akan dihantar ke pusat pemulihan, Kerajaan juga seharusnya melarang penjualan gam keatas individu di bawah 18 tahun berikutan majoriti remaja yang terlibat lingkungan 18 tahun kebawah selain mendenda ibu bapa yang bersekongkong dengan anak yang terlibat dalam gejalan ini.

7. Justeru, Akta Bahan Khayal ini jelas terbukti merupakan keperluan terdesak yang memerlukan tindakan segera sebelum ia sampai ketahap yang lebih kritikal dan sukar dibendung.

”Islam Memimpin”

SEN. USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ahli Dewan Negara