Home Berita PAS Terengganu

Cabaran Pengundi 18 Tahun dan Undi Automatik : Kecil Tapak Tangan, Nyiru Kami Tadahkan

988
SHARE

Dewan Pemuda PAS Terengganu mengucapkan tahniah di atas kejayaan persidangan dewan rakyat meluluskan satu pindaan rang undang-undang had umur mengundi 18 tahun yang telah dipersetujui oleh seramai 211 ahli Dewan Rakyat dengan tiada bangkangan. Ini menunjukkan tahap keseriusan para pemimpin atasan Negara untuk melihat pembangunan belia menjadi suatu agenda khusus untuk diutamakan.

Disebalik polemik dan cakap-cakap yang berlaku seputar keputusan itu baik dari sudut positif atau sebaliknya, Pemuda PAS Terengganu terus dengan sikap kami yang mempercayai potensi besar yang ada dalam diri para belia seawal umur mereka 18 tahun. Sekiranya mereka disiapkan dengan kaedah yang betul tidak mustahil Negara Malaysia akan datang diterajui oleh mereka yang masih muda dengan idea-idea yang segar dan semangat yang berkobar-kobar.

Pemuda PAS Terengganu juga komited untuk bersama-sama membangun jiwa-jiwa belia Negara ini dengan acuan Islam yang syumul. Kerana sebagai parti yang berasaskan Islam, kami beriman dengan kesempurnaan acuan Islam yang diturunkan oleh Allah. Firman Allah:

(Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: “Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat”.

Kini adalah masa bekerja keras untuk mengisi ruang-ruang kehidupan belia dengan ilmu, iman dan amal. Semua pihak seharusnya berganding bahu untuk mengambil peranan ini demi melihat belia Malaysia menjadi aset terpenting dalam pentadbiran dan pembangunan Negara. Namun, isu had umur pengundi 18 tahun ini hanya akan tinggal retorik semata-mata atau batu loncatan untuk agenda politik kumpulan tertentu sekiranya pendaftaran automatik tidak dilaksanakan dengan segera.

Saya menyeru kepada semua Pemuda PAS Terengganu di semua peringkat supaya menggerakkan segala daya dan usaha dalam menawan hati para pengundi 18 tahun ini dengan acuan Islam yang sebenar. Saya amat yakin Pemuda PAS Terengganu melihat isu ini sebagai peluang yang terbentang luas terutamanya dalam bidang penerapan ilmu siasah kepada para belia bak kata pepatah “KECIL TAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN”.

Pemuda PAS Terengganu berjanji akan menunjukkan model terbaik dalam mendidik belia seawal 18 tahun dengan iman dan jatidiri yang selayaknya sebagai seorang islam. INILAH TAWARAN KAMI #DEMIISLAM yang tercinta

Dengan pergabungan antara IMAN dan SEMANGAT yang ada, akan lahirlah generasi hebat yang mulia seperti Ashabul Kahfi seperti yang diceritakan dalam al-Quran. Firman Allah:

Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk.
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran [Surat Al-Kahf 13 – 14]

“TERUSKAN BERJUANG DEMI ISLAM”

Muhammad Irsyad Syafiq bin Burhanuddin
Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Terengganu

#demiislam
#akupemudapas
#islam4all
#beliakitatanggungjawabkita
#keciltapaktangannyirukamitadahkan