Home Artikel PAS Perak

Khidmat Malaysia PAS Perak | Ribut Masjid Ar Rahmaniah, Felda Lasah Sungai Siput

151 views
SHARE

SUNGAI SIPUT 17 JULAI:Hujan lebat yang disertai angin kencang yang melanda Sungai Siput petang semalam turut melanda beberapa kawasan termasuk sebuah masjid di Felda Lasah, Sungai Siput.

Sekitar jam 2.30 petang, Masjid Ar Rahmaniah dilanda ribut berkenaan mengakibatkan beberapa ‘awning’ ruang parkir dan sebuah kabin serta pintu kaca masjid telah musnah dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM30,000.

Ketua Khidmat Malaysia PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib bersama Setiausaha PAS Kawasan Sungai Siput,Ust. Ahmad Shamil Nadzri turut hadir menziarahi lokasi kejadian serta meninjau keadaan penduduk sekitar masjid.

Seawal jam 7 pagi tadi , Pengerusi Masjid, Dr Ahmad Fadhil bin Mohd Shahidi, Ketua Kampung, Kabil Hashim dan YDP PAS Kawasan Ustaz Isran Fahmi serta penduduk tempatan telah bergotong royong membersihkan kawasan masjid.

Ketua Kampung melaporkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku ketika kejadian semalam.

Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Perak telah menghulurkan sedikit sumbangan yang diserahkan oleh Ketua Khidmat Malaysia PAS Perak kepada Pengerusi Masjid serta menyeru bantuan kewangan dari orang ramai yang boleh disumbangkan langsung ke akaun Maybank Masjid Ar Rahmaniah 558202701059.