Home Berita PAS Perak

Cabaran Menjayakan HIMMAH 12K Pengalaman Terindah

1338
SHARE

HIMMAH 12K menjadi satu program himpunan besar buat ahli PAS Negeri Perak bagi membina momentum seluruh jentera dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Untuk perhimpunan bersejarah kali ini PAS Perak mengambil langkah berani memilih lokasi dalam zon bandaraya sebagai tuan rumah.

Beberapa siri himpunan dalam negeri Perak sebelum ini telah memilih lokasi seperti Bagan Serai, Bukit Gantang, Larut dan Parit Buntar namun untuk HIMMAH 12K Pada Meru Raya, Ipoh menjadi pilihan.

Jawatankuasa dan urus setia yang dilantik berusaha sebaiknya merangka dan menyiapkan pelbagai pelan tindakan terutama mencari dana menggerakkan segala persiapan menjayakan HIMMAH 12K.

Uniknya himpunan ini, digerakkan oleh seluruh tenaga pemuda PAS dari Zon Bandaraya seperti Tambun, Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Gopeng serta PAS Kawasan Tambun dan PAS Cawangan Meru Raya.

Semestinya dalam kalangan jawatankuasa ini menjadi pengalaman pertama diberikan tanggungawab menjadi tunggak utama HIMMAH 12K.

Minggu terakhir menjadi tempoh genting apabila kerap mengadakan mesyuarat penyelerasan sehingga pada hari porgram bahkan mesyuarat melewati sehingga jam 1-2 pagi.

Team promosi berusaha menghasilkan pelbagai bentuk promosi, alhamdulilah terhasilnya video pendek, video ucapan dari pimpinan utama dan poster yang disebar luas melalui media sosial.

Poster cetakan dan handbill sebanyak 20K diedarkan selepas solat Jumaat sebelum berlangsungnya HIMMAH 12K.

Setiap aspek dibincangkan bersama seperti persiapan pentas, protokol program, promosi hebahan, keselamatan, tapak perniagaan, jemputan penceramah dan sambutan pengunjung.

Takdrir Allah SWT tiada siapa mengetahui, sehari sebelum HIMMAH 12K bandar Ipoh terutamanya Meru Raya dilanda hujan dan ribut angin sehingga beberapa bahan persiapan di padang mengalami kerosakan.

Perkara yang menggusarkan jawatankuasa induk benar-benar berlaku sudah pasti datang juga perasaan bimbang namun Pengarah HIMMAH 12K optimis dan terus memberikan semangat agar tidak berputus asa bahkan minta semua berdoa supaya segala perancangan berjalan lancar.

Selepas Solat Isya’ hujan sudah berhenti semua jawatankuasa dan urus setia terus menyiapkan tapak program seperti pemasangan bendera, pentas, membina pintu gerbang dan beberapa persiapan lain.

Hampir jam 3 pagi pemuda Ipoh Barat menyiapkan pemasangan bendera dan penanda arah bagi memudahkan pengunjung sampai ke lokasi himpunan.

Proses persiapan diteruskan pada awal pagi sebelum berlangsungnya program, peniaga-peniaga sudah mula sampai ke tapak gerai maka debaran semakin dirasai.

Sekitar jam 5 petang awan sudah mula mendung dan titis hujan mula dirasai tetapi percaturan ilahi tiada kuasa mampu menghalang lokasi himpunan terus cerah tanpa hujan menimpa.

Alhamdulilah HIMMAH 12K berjalan dengan baik setiap slot dan penceramah selamat sampai di lokasi bahkan pengunjung tidak berhenti datang dari seluruh pelusuk negeri Perak.

Guru-guru SRITI dan PASTI juga mengambil peluang bersama begitu juga konvoi ARC yang menarik perhatian pengunjung.

Acara kemuncak menyaksikan ribuan anak muda dan penyokong PAS membanjiri padang untuk mendengar amanat dari Tuan Guru Presiden PAS.

Ucapan bersemangat Tuan Guru menjadi kapsul menghilangkan segala keletihan dan bertukar menjadi suntikan segar dalam jiwa pejuang melihat Islam didaulatkan.

Rakaman drone dari atas membuktikan lakaran sejarah di Zon Bandaraya kehadiran semua demi menyatakan kebersamaan dalam perjuangan Islam.

*Penulis Merupakan Exco Pemuda PAS Perak.