BULAN SOLAT Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 telah merasmikan majlis pelancarannya di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad bersempena Bulan Rejab 1443H wajar dipergiat kempennya kepada masyarakat keseluruhannya.
Bersamalah juga kita memakmurkan rumah Allah SWT yang telah dibenarkan kehadiran jemaah mengikut kapasiti masjid dan surau. Bulan Rejab sangat sinonim sebagai bulan dimana Allah SWT memerintahkan solat kepada hambaNYA dengan peristiwa masyhur iaitu Isra’ dan Mikraj.
Peristiwa ini menunjukkan betapa ibadah fardhu ini begitu istimewa sehingga Allah SWT menjemput baginda Nabi Muhammad SAW dan memperlihatkan dengan pelbagai peristiswa-peristiwa sam’iyyat.
Orang-orang yang mendirikan solat bermaksud mereka mendirikan agama. Sesiapa meninggalkan solat, seolah mereka ingin meruntuhkan agamanya. Sesuai dengan sabda Nabi Muhammad SAW;
الصلاة عماد الدين فمن تركها فقد هدم الدين
Maksudnya: Solat itu tiang agama, barangsiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agamanya.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menyemarakkan bulan Rejab ini sebagai Bulan Solat dan memenuhkan Surau dan Masjid dengan solat fardhu berjemaah.
Yakinilah bahawa dengan mendirikan solat dengan penuh khusyuk, Allah SWT akan memberi kejayaan dunia akhirat.
Malah dengan menjaga solat sebenarnya akan mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Jagalah dan sempurnakanlah solat kalian, mudah-mudahan diterima Allah SWT.
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
(Al-‘Ankabuut, 45)
‘Memacu Perpaduan’
‘Legasi Perjuangan’
HAFEZ SABRI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
#PemudaPASPerak
#LegasiPerjuangan
#MemacuPerpaduan