Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : Ustaz Zaharudin Mohamad
YDP PAS Kawasan Sungai Buloh
Tanggal 31 Ogos 1957, negara mencatatkan sejarahnya sendiri apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj bersama rakyat melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! di Stadium Merdeka ketika pengistiharan kemerdekaan waktu itu.
Kemerdekaan yang dikecapi wajib dipertahankan. Bumi berdaulat wajib dipelihara sebaiknya. Jiwa merdeka perlu dipupuk sebaiknya.
Perpaduan kaum yang mempunyai kepelbagaian cara dan kebudayaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan wajar dijadikan modal perlancongan sebagai daya tarikan kepada dunia luar.
Namun kemerdekaan juga perlu diisi dengan pertadbiran negara yang berintergriti dan berwawasan jauh setanding negara-negara maju. Kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat perlu diperkasakan dengan menitikberatkan ilmu serta dasar ekonomi yang tepat dan berdaya saing selain kualiti kehidupan rakyat dipertingkatkan.
Justeru, kestabilan politik serta persefahaman antara kaum menjadi teras kepada usaha-usaha membentuk dan memacu kejayaan negara.
Sempena bulan kemerdekaan ini, bersama-sama kita mengimbau kembali pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dan menjadikan ianya satu pengajaran penting untuk kita mengekalkan kestabilan dan kedaulatan negara dengan acuan kita sendiri.
“Bersama mengibarkan jalur gemilang”
22 Ogos 2021 | 13 Muharram 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor