Home Berita PAS Terengganu

Bukan hanya mimpi di siang hari.

2028
SHARE

DUNGUN-PAS dan Gagasan Sejahtera bukan hanya mimpi di siang hari untuk menjadi peneraju memerintah Malaysia, malah ianya berpotensi untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz berkata PAS sendiri mempunyai lakaran yang jelas, yang viral dipersadakan daripada musim pilihan raya lagi dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera(WINS) yang sasarannya sehingga tahun 2051.

“Kita berada di dalam PAS bukan bermain politik, tetapi ini jihad kita untuk mencari redha Allah yang lebih mahal dengan ganjaran syurga Allah”, ujar beliau majlis Taujihat Pilihan Raya untuk Petugas-Petugas Pilihan Raya Umum(PRU) UPU Gong Pasir di Dewan PASTI Gong Pasir di sini pada khamis, 8 Mac.

Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Kawasan Dungun itu juga seterusnya mengingatkan bahawa PRU adalah medium untuk menyahut cabaran Allah dimana semua pengorbanan akan dinilai.

“Kalau letak kemenangan(tujuan), kita akan putus asa dan juga sentiasa mengharapkan orang(individu tertentu)”,

“Orang yang berjuang atas dasar pahala akan merasa satu kafarah, tidak mudah kalau tidak hadir dalam program(yang diatur oleh parti)”, jelas beliau lagi.

Ustaz Jamaluddin juga berharap petugas-petugas yang hadir tidak berasa tertipu dengan ‘countdown’(100 menuju PRU 14) dan ianya merugikan.

“Dengan countdown kita mengatur, menyusun gerakerja, apabila betul-betul dibubarkan(Parlimen), banyak benda yang telah dikemaskini dan telah selesai”, tambah beliau lagi.