Home Berita PAS Perlis

Budaya iftar jamaie mampu perkukuh ukhuwah

279
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

PADANG BESAR, 23 Apr: Budaya mengadakan program berbuka puasa secara beramai-ramai (iftar jamaie) mampu memperkukuh ukhuwah sesama ahli.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Saad bin Seman, ukhuwah yang kukuh merupakan salah satu faktor terpenting dalam membentuk organisasi parti yang mantap.

“Kita perlu memastikan jentera PAS di semua peringkat telah dipersiapkan, bagi menghadapi PRU-15 yang akan berlaku pada bila-bila sahaja dari sekarang,” katanya pada majlis iftar jamaie peringkat JPrD Chuping yang berlangsung semalam.

Seramai 50 orang ahli PAS hadir ke program yang diadakan di Markaz PAS Cawangan Panggas Besar di sini.

Katanya lagi sekarang adalah masanya untuk merancakkan kembali aktiviti-aktiviti di markas-markas PAS di negeri ini setelah sekian lama sunyi akibat PKP.

“Alhamdulillah, selaras dengan pengumuman kerajaan bahawa negara kita kini memasuki fasa endemik, semua program parti dapat dilaksanakan secara bersemuka dan peluang ini perlu kita manfaatkan dengan sebaik mungkin,” katanya.