Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Bubar parlimen: Kepentingan rakyat dan negara lebih utama

85
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PULAU PINANG

BUBAR PARLIMEN: KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA LEBIH UTAMA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang bahawa tiada keperluan pembubaran parlimen dalam masa yang terdekat ini.

Kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara lebih diutamakan bagi memulihkan ekonomi serta sosial yang kian terjejas disamping, ramalan banjir besar bakal melanda.

Justeru, semua parti politik, NGO, NGI, badan kerajaan dan semua rakyat Malaysia wajar bersiap sedia untuk kemaslahatan diri, keluarga, harta bahkan negara.

Oleh itu, PAS Pulau Pinang tetap berpendirian bahawa kepentingan negara dan rakyat wajar diutamakan terlebih dahulu, “jangan sudah terhantuk, baru terngadah”.

“MALAYSIA SEJAHTERA”

Ustaz Muhammad Fauzi Bin Yusoff
Pesuruhjaya
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Pulau Pinang