Home Kenyataan Media PAS Selangor

BUBAR PARLIMEN BERBEZA DENGAN LANGKAH “SUMBANG”

1147
SHARE

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

BUBAR PARLIMEN BERBEZA DENGAN LANGKAH “SUMBANG”

26 Februari 2020  l  2 Rejab 1441

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membidas kenyataan Khalid Samad yang menyatakan kesepakatan antara PKR, DAP dan PAN kononnya pembaziran jika berlaku pembubaran Parlimen dalam kemelut melanda negara pada hari ini. Kenyataan Khalid Samad tersebut merujuk kepada syor dari kesepakatan Muafakat Nasional (MN) atas pembubaran Parlimen kerana bertegas dengan prinsip untuk tidak mahu DAP terus berada atau dilantik semula dalam pembentukan kerajaan yang baharu.
  2. Sekiranya kerajaan baharu yang dibentuk masih mengekalkan atau melantik kalangan MP DAP maka ia hanya akan terus mengulangi mimpi ngeri rakyat khususnya umat Islam selaku majoriti rakyat Malaysia dengan apa yang telah berlaku hampir sepanjang 2 tahun pentadbiran PH. Ini kerana, dominasi DAP mengakibatkan kecelaruan dalam pentadbiran sehingga berlakunya campur tangan dalam urusan aset dan kepentingan umat Islam antaranya isu berhubung Tabung Haji.
  3. Tiada makna pembentukan kerajaan baharu jika DAP masih dalam kerajaan kerana ideologi yang dibawa oleh mereka sebelum ini akan diteruskan malah kita melihat bagaimana liciknya mereka dalam permainan sehinggalah wujud polemik komik yang mempromosikan ideologi komunis, polemik berlanjutan dalam bantahan Dong Zong terhadap tulisan khat Jawi walau sekadar 3 muka surat dan banyak lagi.
  4. Ketegasan di peringkat PAS ialah pembentukan kerajaan baharu tanpa keterlibatan DAP kerana telah jelas mudarat dan hanya menjadi liabiliti. Apa makna mengulangi kerajaan PH sebelum ini yang sudah memualkan rakyat dengan pelbagai isu yang berlanjutan tanpa kesudahan. Sudah pasti keinginan rakyat masa kini ialah kerajaan baharu yang lebih baik dari kerajaan PH sebelum ini. Jawapannya ialah tanpa keterlibatan DAP dalam kerajaan yang dibentuk.
  5. Namun sudah menjadi kebiasaan dan diketahui umum, betapa setianya PAN terhadap DAP dalam memberikan sokongan dan dokongan. Tidak pelik kenyataan Khalid Samad tersebut kerana PAN memang susah untuk “berenggang” dengan DAP apatah lagi berpisah. Sebab itu kenyataan Khalid Samad adalah lebih kepada mempertahankan DAP agar bersama dalam pembentukan kerajaan baharu dengan kononnya menjawab syor MN mengenai pembubaran Parlimen hanyalah pembaziran.
  6. Tidakkah beliau lupa bagaimana terdahulu “Langkah Kajang” dan juga “Langkah Port Dickson” yang diadakan PRK demi semata-mata kerakusan individu yang memburu jawatan? Adakah strategi “langkah” tersebut tidak membazir, namun di mana suara beliau dalam isu sebelum ini?
  7. Pembubaran Parlimen dalam kemelut negara berbeza dengan langkah sumbang sebelum ini iaitu Langkah Kajang dan Langkah Port Dickson. Langkah sumbang ini mengadakan PRK demi keinginan kerakusan nafsu seseorang demi jawatan. Adapun pembubaran Parlimen dalam kemelut negara pada hari ini adalah aspirasi rakyat yang rata-rata mahukan kerajaan yang lebih baik dan tidak mahu DAP kembali menguasai kerajaan.

Demi Islam
Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3129576727093611&id=225685927482720