Home Berita PAS Perak

BPN : Pemuda, Muslimat PAS jadi sukarelawan JKM

308
SHARE

Oleh : Hafiz Green Mart

LUMUT, Program Bakul Prihatin Negara (BPN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pertengahan bulan lalu bertujuan memastikan setiap keluarga rakyat Malaysia yang terjejas mendapat manfaatnya.

Ketua Penyelaras Skuad Prihatin Negara (SPN) Lumut, Rohawati Abidin yang dilantik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata demikian ketika dihubungi selepas menyampaikan taklimat kepada sukarelawan.

“Sehingga kini, sebanyak 63 buah BPN diterima untuk diedarkan dalam Parlimen Lumut daripada jumlah keseluruhan 800 buah diperuntukkan untuk mereka yang terkesan pendapatan bagi Parlimen Lumut dan Beruas.

“Sumbangan BPN dibuat secara berperingkat dan mula diedarkan setelah diterima dengan bantuan sukarelawan JKM berdaftar di bawah Skuad Prihatin Negara (SPN)”, ujar Rohawati.

Menurut beliau lagi, gerak kerja pengedaran BPN berjalan lancar apabila mendapat kerjasama petugas Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut diketuai Muhammad Nizar Majid dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Lumut dipimpin Zaharah Husin.

Sementara itu, penerima BPN amat terharu di atas inisiatif kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang amat baik dalam membantu masyarakat yang terkesan bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Turut bersama dalam proses pengedaran BPN, Setiausaha PAS Kawasan Lumut, Hamidun Ahmad, Penolong Setiausaha DPPK Lumut, Abdul Basir Mohamad dan Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Habibah Rasdi.