Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Bon Odori: Umat Islam perlu elakkan terlibat.

112
SHARE
 
1. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengingatkan umat Islam di Malaysia untuk sentiasa berhati-hati menyambut sesuatu perayaan luar kerana dibimbangi perayaan tersebut merupakan perayaan berunsurkan agama .
 
2. DMPM merujuk pertikaian yang timbul mengenai sambutan Bon Odori yang bakal diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam. Bon Odori dipercayai merupakan perayaan agama Buddha untuk menghormati roh nenek moyang. Masyarakat Jepun merayakan pesta tersebut dengan pulang ke kampung halaman serta membersihkan perkuburan nenek moyang mereka serta melawat altar-altar milik keluarga. Adat ini telah diamalkan sejak 500 ke 600 tahun dahulu melibatkan satu tarian yang dinamakan tarian Bon ( Bon Odori ).
 
3. Oleh kerana ia merupakan perayaan berunsurkan agama, maka umat Islam dinasihatkan agar mengelakkan diri daripada menyertainya sebagai langkah menjaga aqidah.
 
4. Umat Islam harus berpegang dengan hadis Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari kalangan mereka” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
 
5. Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ) , YB Dato Idris Ahmad bahawa umat Islam dinasihati agar tidak menyambut perayaan Bon Odori haruslah diterima secara positif dari sudut ketegasan melindungi aqidah ummat. Jika sekalipun program tersebut pernah diadakan di Malaysia sebelum ini di saat ummat Islam belum mengetahui mengenai fakta sebenar di sebalik sambutan tersebut. Maka setelah kita diberi penjelasan bahawa perayaan tersebut adalah berkait dengan agama Buddha, maka umat Islam seharusnya menghindarkan diri dari terlibat dengan perayaan seumpama itu.
 
‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’
‘Islam Menyatukan Ummah’
 
Dr Najihatussalehah bt Ahmad
Ketua Penerangan,
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
9 Jun 2022 bersamaan 9 Zulkaedah 1443