KUALA LUMPUR, 4 Mei – Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Tuan Hafizan menyahut positif tawaran yang dikemukakan oleh Ustaz Azhar Yahya yang merupakan pakar rujuk dalam bidang fekah untuk membuat dan membentangkan kajian Fiqh at-Taysir berkaitan peranan dan tugas anggota bomba.
“Kami amat mengalu – alukan usaha Ustaz ini disebabkan kami sering menghadapi kesulitan dalam perlaksanaan ibadah terutamanya bila kes berlaku pada masa tidak menentu dan tempoh operasi juga tidak menentu,” jelas Tuan Hafizan.
Beliau berharap hasil kajian itu dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada para anggota bomba di balai ini dan juga di seluruh Malaysia dalam pelaksanaan ibadah.
Ustaz Azhar, calon PAS bagi P115 Batu mengunjungi balai itu bersempena dengan Hari Bomba yang disambut hari ini. Dalam pertemuan tersebut, Ustaz Azhar mewakili PAS Kawasan Batu turut menghadiahkan sebiji kek sebagai simbolik penghargaan terhadap sumbangan pihak bomba kepada masyarakat dan negara.