Home Berita PAS Selangor

Boleh Kah PAS Memerintah Negara? – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

975
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

Suatu ketika dahulu “PAS boleh ke memerintah negara?” kalau “PAS perintah negara tak sampai sebulan pasti huru hara negara”

Allah itu maha adil. Cuba lihat di Kelantan antara contoh terbaik dalam pengurusan dan urus tadbir negeri. Laporan Audit Negara membuktikanya semakin hari semakin bertambah kemajuannya.

Terengganu pemesatan ekonominya sangat memberangsangkan dan laporan yang dibentang dari masa ke semasa menunjukkan tahap kecekapan urus tadbir yang hebat.

Kedah dalam tempoh yang sekejap berjaya melakar beberapa kejayaan yang hebat. Anak muda yang berada dalam barisan orang kanan Menteri Besar berperanan sangat baik dalam menyelaras gerak kerja kerajaan.

Kini PAS bersama kerajaan pusat,
Ketiga-tiga Menteri PAS menunjukkan gerak kerja yang sangat konsisten dan terbaik. Biarlah masyarakat umum yang menilai.

Mereka menggalas tugasan serta jawatan sebagai satu amanah bukan atas dasar kemasyhuran mahupun keduniaan.

Apabila politik pemerintahan disandarkan kepada dasar Aqidah Islam maka yakinlah ia akan jadi yang terbaik.

Itulah rahsianya,
PAS memerintah negeri,
PAS memegang jawatan menteri,
Bukan atas dasar kehendak keduniaan namun ia atas dasar kefahaman dan tanggungjawab untuk mentadbir dunia ini dengan Islam.

Islam adalah kehidupan, Islam adalah ekonomi, Islam adalah pentadbiran, Islam adalah perpaduan, Islam adalah segala-galanya.

Allah yang menjadikan segala urusan manusia,
Lalu Allah turunkan Islam berserta manualnya iaitu Alquran sebagai rujukan.

Maka pasti akan berjaya mereka yang menggunakannya segai sumber utama dalam pentadbiran dan kehidupan.

Hanif J
Rasa yakin dengan kemenangan Islam.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor