Home Artikel PAS Selangor

Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor – Raikan Hari Arafah dan Eidul Adha Dengan Iktibar Pengorbanan

394
SHARE

  1. Hari raya Haji atau dikenali dengan Hari Raya Korban adalah sinonim dengan Arafah dan Sembelihan.
  2. Lihatlah bagaimana hadis Nabi saw yang dalam ungkapan merangkumi kedua-duanya. Sabda Baginda saw,

الْحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya: ”Haji itu berada di Arafah.”

(Riwayat Ibnu Majah (3015) dan lain-lain)

  1. Hadis ini secara tidak langsung difahami bahawa sambutan Raya Haji samada amalan haji itu sendiri dan sembelihan bersekali dengan Hari Arafah satu yang tidak dapat dipisahkan.
  2. Malah hari Arafah merupakan hari ke Zulhijjah dimana para tetamu Allah yang menunaikan haji memulakan amalan haji dengan berwukuf di Arafah. Tanpa wukuf yang merupakan rukun kedua sesudah niat, maka haji seseorang itu tidak sah dan wajib mengulangi pada tahun yang lain jika dia berkeupayaan. Begitulah kehebatan hari Arafah dan kelebihan pada hari berkenaan pada amalan haji.
  3. Hari Arafah juga merupakan hari perlepasan manusia daripada api neraka Allah swt. Maka jadikanlah hari ini samada buat mereka yang berpeluang menunaikan haji mahupun yang tidak pergi menunaikan haji memohon keampunan Allah dan rahmat disisiNya agar dibebaskan kita daripada kemurkaanNya.
  4. Bagi kita yang tidak berpeluang menunaikan haji disebabkan COVID 19 ini, ambillah peluang berpuasa sunat hari Arafah agar kita turut beroleh fadhilat rahmat Allah yang amat luas. Dengan berpuasa sunat ini, kita dapat merasakan keindahan hari Arafah yang diberkati Allah.
  5. Tambahan lagi kita turut menyambut hari Raya Adha atau Korban pada keesokannya dengan menyempurnakan sembelihan binatang korban yang hukumnya sunat muakkad yakni dituntut bagi mereka yang berkemampuan. Ia merupakan sedekah yang terutama ketika sambutan hari raya Adha. Iaitu bersedekah menerusi agihan daging kepada asnaf dan mereka yang memerlukannya.
  6. Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat agar kita meraikan kedua-dua hari yang besar ini iaitu Arafah dan Adha sebagai natijah ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT.
  7. Hayatilah iktibar dan pengajaran kisah yang menakjubkan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as diterapkan dalam perjuangan dan cita-cita murni kita.

Selamat Menyambut Hari Arafah dan Hari Raya Eidul Adha kepada Muslimin dan Muslimat.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Ulangtahun ke 32 Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor”

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
9 Zulhijjah 1441h bersamaan 30 Julai 2020.

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan