Home Berita PAS Selangor

Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor – Lawatan Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor ke Bangi

548
SHARE

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor telah mengadakan lawatan rasmi ke Bangi sekaligus Urusan Ulamak PAS Kawasan Bangi pada semalam Selasa 21 Julai 2020 .

Lawatan kerja ini adalah susulan daripada keputusan Mesyuarat Dewan Ulamak PAS Negeri yang memilih Bangi sebagai tuan rumah bagi mengadakan Muktamar Tahunan Dewan kali ke 32 pada tahun ini.

Lawatan yang bermula dengan ziarah lokasi muktamar (site visit), disusuli pertemuan mesra santai antara Dewan Ulamak Negeri diketuai oleh Ustaz Rizuan Rahmat, Ketua Dewan Ulamak Negeri, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Negeri bersama ahli jawatankuasa Urusan Ulamak PAS Kawasan Bangi pada waktu petangnya di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi yang terkenal.

Program pada waktu malam bermula dengan solat magrib berjemaah, solat hajat, munajat dan taujihat yang disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor Ustaz Muhammad Najhan Halim kepada seluruh kepimpinan PAS kawasan, Urusan Ulamak, kepimpinan Jentera DUN dan cawangan yang berlangsung di Markaz PAS Teras Terbang Bandar Baru Bangi.

Program lawatan ini berakhir dengan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Negeri kali terakhir sesi ini membincangkan persiapan dan keperluan muktamar akan bakal diadakan nanti.

Terima kasih diucapkan kepada Urusan Ulamak PAS Kawasan Bangi yang membantu dan mempermudahkan urusan program ini serta layan yang diberikan.

Semoga Allah membantu dan memberikan atas segala kerja buat kita demi meninggikan agamaNya.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Ulangtahun ke 32 Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor”

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

1 Zulhijjah 1441H | 22 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan